Wednesday, August 5, 2009

Jambatan Baru Bukit Kuang

Assalamualaikum wbt...Justify Full
Salam sejahtera kepada semua..
Alhamdulillah dengan izin Allah 'azzawajalla,memberikan kekuatan dan keupayaan kepada saya untuk menjalankan kerja yang telah diamanahkan kepada saya oleh pengurusan PASTI Al-Muhabbah Cawangan Kg. Bukit Kuang sebagai Ketua Lujnah ICT PASTI.
Pada 3 Ogos 2009 bersamaan 12 Syaaban 1430 iaitu hari Isnin,PASTI Al-Muhabbah telah mengadakan satu mesyuarat yang mana telah dihadiri oleh beberapa ahli jawatankuasa dan dipengerusikan oleh pengarah PASTI Al-Muhabbah iaitu Sdr. Razali Awang.
Bermacam-macam perkara dibincang di dalam mesyuarat ini.Antaranya ialah majlis berbuka puasa bersama ibubapa pelajar PASTI, Ihtifar kali ke-17, hari keluarga PASTI, perbincangan dengan guru-guru PASTI dan status PASTI.Apa yang paling menarik perhatian saya pada mesyuarat kali ini adalah mengenai status PASTI.Kerana status PASTI ini telah menjadi isu yang melibatkan penduduk kampung dan ibubapa yang menghantar anak-anak belajar di PASTI Al-Muhabbah.
Isu yang hendak saya tuliskan ini adalah kerana isu ini boleh dikatakan hangat jugalah dikalangan ibubapa pelajar.Sebelum ini kita telah dihebohkan dengan isu jambatan baru yang akan dibina di Kampung Bukit Kuang yang akan mengantikan jambatan lama.Isu ini telah mendapat liputan dari akhbar dan telah sampai kepengetahuan menteri besar Terengganu iaitu YB.Dato' Ahmad Said selaku adun Dun Kijal.
Hasil daripada perbincangan dengan Pengerusi JKKK Kg. Bukit Kuang,kawasan yang terlibat dengan pembinaan jambatan ini termasuklah bangunan PASTI Al-Muhabbah selain dari rumah-rumah disekitar Kg. Bukit Kuang.Boleh dikatakan separuh dari bangunan PASTI Al-Muhabbah akan dirobohkan.Dan notis perobohan akan dikeluarkan disekitar bulan Mac 2010 yang mana akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat.
Di dalam perbincangan pada malam itu,Timbalan Pengarah PASTI Al-Muhabbah iaitu Hj.Bidin b. Sulong telah memaklumkan terdapat individu yang ingin mewakafkan sebidang tanah dikawasan Pengkalan Cicar untuk pembinaan bangunan PASTI bagi membolehkan anak-anak PASTI dapat meneruskan pembelajaran dengan tidak tergendala.Insya-Allah pendidikan anak-anak yang belajar di PASTI Al-Muhabbah tidak akan tergendala setelah PASTI dirobohkan.
Mesyuarat pada malam itu ditutup pada jam 10.45 malam.

Dari:
Azman
Ketua ICT PASTI Al-Muhabbah,
Cawangan Bukit Kuang,
Kemaman,
Terengganu




2 comments:

  1. Assalamualaikum

    Baguslah kiranya begitu keputusannya. Tidaklah pendidikan awal anak-anak tergendala nanti.

    Teruskan usaha dalam mendidik generasi yang akan memimpin perubahan yang berlandaskan Islam.

    Moga usaha kalian diberkati Allah Subhanahu Wataala. Amin.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas sokongan saudara....
    boleh amik jadi ajk pasti ni....

    ReplyDelete