Friday, January 6, 2012

Hari Pertama Persekolahan

Persekolahan baru bermula, begitu juga dengan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) yang turut sama gamat dengan karenah kehadiran pelajar-pelajar baru.

Tahun ini Pasti Al-Mahabbah dibuka dengan wajah dan suasana yang baru. Bilik darjah yang telah ditambah ini insyaAllah akan memberi lebih keselesaan kepada pelajar-pelajar.

Terdapat beberapa slot gambar pilihan diselitkan dalam artikal ini untuk tatapan semua pembaca.

Suasana dalam bilik darjah tahun 5

Pelajar tahun 4 baru di beri pendedahan awal persekolahan

Guru sedang memujuk pelajar baru yang menangis

Sebilangan ibubapa sedang menunggu anak-anak

Pelajar tahun 6 yang tak sabar-sabar ingin belajar sedang membelek buku pelajaran yang baru diperolehi bersama kawan-kawan

Beberapa post gambar yang sempat diambil sewaktu meninjau hari pertama persekolahan di Pasti Al-Mahabbah. Pembaca boleh melihat gambar-gambar untuk aktiviti @ program sebelumnya di laman facebook Pasti Al-Mahabbah melalui www.facebook.com/pastialmuhabbah.

Wednesday, February 9, 2011

ADAB-ADAB BERSAHABAT

ISLAM TIDAK MELARANG KITA MENCARI KAWAN, MALAH ISLAM TELAH MENETAPKAN CARA-CARA MENCARI KAWAN DAN JUGA ADAB-ADAB APABILA BERKAWAN.

BERKAWAN INI ADA KEBAIKANNYA DAN BERKAWAN JUGA ADA KEBURUKKANNYA.

JADI ADIK-ADIK KENALAH BERWASPADA DALAM MEMILIH KAWAN. JANGAN TERSALAH MEMILIH KAWAN, CARILAH KAWAN YANG MEMPUNYAI AKHLAK YANG BAIK. KAWAN YANG BAIK ITU SANGAT MULIA DISISI ALLAH DAN RASULNYA.

BERKAWANLAH KERANA AGAMA KELAK AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT.



Saturday, December 18, 2010