Sejarah PASTI

Muqaddimah 

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat ilahi, kerana dengan izinNya PASTI Al-Mahabbah Bukit Kuang terus mendapat sokongan masyarakat setempat. Justeru itu PASTI Al- Mahabbah masih lagi dapat meneruskan hayat sehingga ke saat ini..

Bagi mewakili Jawatankuasa Pengurusan PASTI, Guru-guru dan pembantu serta seluruh warga PASTI  al- Mahabbah mengucapkan Jazakumullahu Khairal Jaza’ kepada semua ibu bapa yang terus memberi sokongan sumbangan secara langsung atau sebaliknya bagi merealisasikan kelancaran perjalanan PASTI Al-Mahabbah ini. Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada para guru dan pembantu terutamanya yang tidak mengenal jemu dalam mendidik dan mentarbiyyah anak-anak kita kearah menjadi insane yang soleh wa musolleh.
 
SEJARAH PENUBUHAN PASTI AL-MUHABBAH
 
Pusat Asuhan Tunas Islam atau ringkasnya PASTI  Al-Mahabbah Bukit Kuang adalah sebuah pusat asuhan kanak-kanak naungan Parti Isl;am Semalaysia (PAS) di bawah FASA 6(2) Perlembagaan PAS (pindaan 2001). Sijil pendaftaran Ruj:T.121/97. 

Ianya diasaskan oleh dua orang sahabat iaitu saudara Nordin b. Muda dan Norazman Lua b. Abdullah di awal tahun 1990. kedua-dua mereka merupakan  aktivis parti yang memegang teraju kepimpinan Caw. Bukit Kuang ketika itu.

Secara rasminya PASTI Al- mahabbah Bukit Kuang ini mula beroperasi pada 1 Januari 1993. PASTI Al- Mahabbah beroperasi di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh ahli Parti di Kg. Bukit Kuang 5kilometer dari Bandar Chukai. Ianya merupakan salah satu rangkaian PASTI yang bernaung di bawah naungan Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman.