Wednesday, May 20, 2009

Karnival Sukan PASTI Kawasan Kemaman 2009


8 Mei (Jumaat), PASTI Kawasan Kemaman telah menganjurkan Karnival Sukan PASTI yang diadakan di Puteri Food Court, Bandar Baru Bukit Mentok.
Sebanyak 2 acara yang dipertandingkan. Antara acara itu ialah Futsal dan Bola Jaring. Acara ini dipertandingkan pada sebelah pagi. Bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.
Sebanyak 8 cawangan PASTI yang telah mengambil bahagian dalam karnival ini.
PASTI Al-Muhabbah telah menghantar 2 pasukan iaitu Futsal dan Bola Jaring. Pasukan Futsal dipimpin oleh jurulatih sdr. Rosli b. Ibrahim manakala Bola Jaring dipimpin oleh guru-guru PASTI dan pengurus pasukan ialah Sdr.Halfian b. Ahmad. Juara keseluruhan Futsal dimenangi oleh PASTI kamarriah, Binjai. PASTI Al-Muhabbah hanya menduduki tempat ke-2 dalam kumpulan A dengan keputusan 2 kali menang dan tewas 1 kali. Manakala juara keseluruhan Bola Jaring dimenangi oleh pasukan PASTI Al-Muhabbah, Bukit Kuang. Hadiah disampaikan oleh Pengurusan PASTI Kawasan Kemaman.

1 comment: