Thursday, June 4, 2009

Blog Pasti Al-Muhabbah

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt, kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya Pasti Al-Muhabbah cawangan Kg.Bukit Kuang kini telah memiliki blog sendiri.Blog ini mula dibina pada tarikh 20 Mei 2009 bersamaan 25 Jamadil Awwal 1430 hari Rabu. Maka dengan segala hormatnya blog ini adalah menjadi blog rasmi Pasti Al-Muhabbah.
Pada peringkat awal telah ada cadangan daripada AJK Pasti Al-Muhabbah supaya diadakan satu blog untuk Pasti Al-Muhabbah. Namun oleh kerana ketiadaan tenaga mahir dalam bidang IT maka hasrat tersebut tidak kesampaian.Apabila diteliti kembali hasrat tersebut dan melihat kepada perlunya satu wadah untuk menyebarkan maklumat terkini dengan pantas maka mesyuarat Pasti Al-Muhabbah telah memutuskan untuk menubuh Lajnah Teknologi Maklumat ( ICT ) Pasti Al-Muhabbah.
Walaubagaimana pun masih terdapat banyak kekurangan dalam blog ini dan saya sebagai admin bukanlah seorang yang mahir dalam bidang ICT ini. Namun kerana amanah yang telah diberikan kepada saya, insyaAllah saya akan berusaha sedaya upaya dalam menguruskan blog ini.Lajnah ICT Pasti Al-Muhabbah amat mengharapkan sebarang komen dan kritikan yang membina dari semua AJK Pasti Al-Muhabbah khasnya dan AJK Pasti dari cawangan-cawangan serta AJK Pasti Kawasan Kemaman Umumnya. Segala kritikan atau komen yang membina bolehlah dihantar kepada emel pastialmuhabbah@gmail.com.
Akhir kata dari saya insan yang lemah ini, segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.
Sekian, wassalamualaikum wbt....
Mohd Azman b. Mohamed
Ketua Teknologi Maklumat ( ICT )PASTI Al-Muhabbah,
Cawangan Bukit Kuang.

No comments:

Post a Comment