Tuesday, June 2, 2009

Doa Simpati dan kasih Nabi kepada umatnya.

Written by President PAS
Wednesday,06 Mei 2009

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:"Aku tidak berupaya untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki,tetapi terpulang kepadamu,wahai tuhanku (Al-Maidah :118).

Diriwayatkan dalam satu hadis pada suatu malam,Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu firman Allah yang bermaksud "...jika sekiranya engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hambamu,dan sekiranya engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya engkau maha perkasa lagi maha bijaksana." (Al-Maidah :118).

Sepanjang malam itu Rasulullah s.a.w. hanya membaca ayat ini sahaja pada setiap rakaat sembahyang.Diriwayatkan nabi sa.w. membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya,mengadukepada Allah dengan membaca ayat ini.

Ayat ini bermaksud "sekiranya engkau menyeksa mereka,sesungguhnya engkau maha perkasa lagi bijaksana." (Al-Maidah :118)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'as r.a bahawa Rasulullah s.a.w. membaca ayat ini dan setelah selesai sembahyang dia mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis,"Ya Allah Ya Tuhanku,umatku,umatku,umatku..."

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.

Allahlah yang maha mengetahui apa yang dilakukan oleh nabinya,bersimpati dengan umatnya sekaligus kasih kepada umatnya,lebih daripada ibubapa sayang kepada anaknya.

Ibubapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini sahaja.

Apabila mati tidak diingat lagi.Adapun Nabi s.a.w. sentiasa mengingati kepada umatnya sampai kewafatannya dan sampai hari kiamat.Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.

Berdoa sepanjang malam,setelah membaca ayat itu sepanjang malam,dan berdoa sambil mengadu tentang apa kesudahan,lalu mengutuskan malaikat Jibril a.s. Allah berfirman yang bermaksud,"wahai Jibril,pergilah berjumpa dengan Muhammad,tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun Allah maha mengetaui tentang apa yang ada dalam diri Nabi s.a.w. tetapi allah tetap mengutuskan malaikat Jibril untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.

Rasulullah s.a.w. mengetahui kepadanya bahawa baginda s.a.w. mengadu kepada Allah berkenan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.

Lalu Allah berfirman yang bermaksud,"wahai Jibril,pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya,sesungguhnya kami redha kepadamu dan umatmu dan kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudharatkan umatmu."

Diriwayatkan dalam satu hadis yang lain bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "diberitahu kepadaku bahawa seramai 70 000 di kalangan umatku masuk syurga dengan tiada hisab dan setiap 70 000 ini diikuti oleh 70 000 orang lain,masuk syurga dengan tiada hisab."

Yakni diberi syafaat oleh 70 000 orang ini disamping syafaat Nabi s.a.w. yang diberikan kepada umatnya.Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir di dalam tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi keistimewaan dimana dia tidak akan memperlakukan keburukkan kepada umat Muhammad.

Dengan syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah,jangan membatalkan dua kalimah syahadah,jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran nabi s.a.w. sebagimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud,"peganglah dengan gigi geraham kamu."

Yakni ajaran Rasulullah s.a.w. itu bukan sahaja dipegang tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat)tidak berganjak.

Tidak undur walaupun sedikit dari ajaran nabi s.a.w. Jika seseorang itu mempunyai dosa,ada harapan memdapat syafaat Rasulullah s.a.w. serta mendapat rahmat yang diberi oleh Allah kepada umat Muhammad s.a.w.

No comments:

Post a Comment