Tuesday, August 18, 2009

Majlis iftar PASTI dan Hari Keluarga 2009

Pok Wel tersenyum mendengar penjelasan dari Pengarah PASTI
Jawatankuasa yang baru dilantik berbaju hitam

Bendahari,Pengarah,Setiausaha dan Abg Zul tekun mendengar penerangan dari Pok Wel sebagai orang lama di PASTI
Guru-guru PASTI yang kelihatan malu-malu apabila gambar diambil

Pada 17.8.09 satu perjumpaan dengan jawatankuasa PASTI telah diadakan bagi membincangkan beberapa aktiviti yang insya-Allah akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Insya-Allah pada 15 Ramadhan 1430H, PASTI Al-Muhabbah akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama ibubapa pelajar-pelajar. Bagi melengkapkan majlis ini, pihak PASTI menjemput pengarah PASTI Kawasan Kemaman, Ustaz Hisyamuddin Abd. Karim sebagai pentazkirah sebelum majlis berbuka bermula.

Semua ibubapa akan dimaklumkan melalui surat jemputan.

Selain dari majlis iftar, PASTI Al-Muhabbah akan menganjurkan Sukan Hari Keluarga yang insya-Allah akan dibuat bersebelahan kawasan PASTI itu sendiri. Tarikh yang dicadangkan pada 3.10.09 iaitu pada hari sabtu.

Sama-samalah kita berdoa agar setiap program yang akan dianjurkan ini diperkenankan Allah s.w.t dan diberi keberkatan hendaknya.....Insya-Allah

No comments:

Post a Comment